Friday, January 4, 2013

Jadi Suami Yang Bertanggungjawab


Assalamualaikum ..
Terbaca artikel ini..untuk peringatan diri sendiri supaya menambah menimba ilmu agar dipermudahkan segalanya dalam menghadapi tanggungjawab selepas ini insyAllah.Allah berfirman "Sesungguhnya sekalian orang  yang beriman itu adalah sebagai saudara-saudara" Al-Hujurat :10 . Lelaki Adalah PEMIMIPIN maka pemimpin perlu bertanggungjawab dibawah jagaanya.Firman Allah "Dan perintahkanlah keluargamu dengan solat dan bersabarlah atasnya" (Thaha :132). Dalam membina keluarga KESABARAN amat penting.peringatan diri sendiri.

LELAKI secara azali adalah pelindung kepada wanita yang menjadi sebahagian dari hidupnya. Bapa adalah pelindung kepada anak-anak, abang pelindung kepada adik-adik, juga dalam lain-lain keadaan tunang...kekasih...apatah lagi suami, semestinyalah jadi pelindung kepada isterinya bukan?. Berikut adalah beberapa petua untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab  : 

1. Isteri adalah manusia.
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi..Sebagai lelaki perlu untuk anda memahami wanita dalam segala aspek. Firman Allah " Hai sekalian orang-orang yang beriman ,jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka yang bahan bakarnya adalah para manusia dan batu "( At tahrim :6)

2. Dengar pendapat isteri.
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung. Hadis Dari Ummu Kultsum Bt Uqbah B Abu Mu'aith Katanya : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda" Bukannya termasuk pendusta orang yang mendamaikan antara para manusia, lalu ia menyampaikan berita yang baik atau mengatakan sesuatu yang baik"

3. Beri pujian kepada isteri.
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. Teringat Kisah Rasulullah yang mana Rasullullah memanggil Saidina Aisyah dengan gelaran Ya Umairah . Gelaran itu memuji saidina Aisyah Isteri Rasulullah. ,

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting.
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri.
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?  Allah berfirman " Dan menjadi kewajipan ayah untuk mencukupkan keperluan rezeki- makan dan minum serta pakaian dengan secara baik sepantasnya kepada ibu yang menyusukan anaknya baik masih jadi isterinya maupun sudah diceraikannya " Al-Baqarah 233.

7. Bantu ringankan tugas isteri.
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. Allah berfirman "Dan tundukkanlah sayapmu ,yakni bersikap merendahlah kepada sesama kaum mu'minin" Al-Hijr 88.

8. Isteri bukan pembantu rumah.
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat.
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. Allah berfirman " Dan segala sesuatu apapun yang engkau semua nafkahkan maka Allah tentu menggantikanya" Surah Saba :39 .Rasulullah contoh terbaik dimana baginda bermain belari-lari dengan saidin Aisyah. dan Baginda menolong Saidina Aisayah apabila berada di rumah.

10. Romantis
Ciuman adalah salah satu cara romantis . Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. Tapi banyak cara romantis yang kadang-kadang kita boleh pelajari. salaing memahami cara pemikiran dan perbezaan juga akan menjadi romantis andai saling menolong dalam sesuatu untuk menceriakan rumah tangga. Semoga suami kreatif dalam romantis..
 
11. Sentiasa menambah Ilmu
Dalam kehidupan seharian lelaki yang rasa sudah cukup Ilmu adlah manusia paling malas. Islam menggariskan menuntut ilmu wajib bagi orang muslim ,Sebagai suami ILMU perlu ditambah agar bahtera kehidupan atau kapal yang dibawa mendapat jalan yang betul . Ilmu bukan datang sendiri atau pengalaman, tapi perlu di cari dan difahami agar hidup menjadi sempurna dalam mendidik iateri dan anak-anak .Terapkan budaya ILMu dalam keluarga  insyallah keluarga selamat.

12. Senyuman
Lelaki yang baik akan sentiasa senyum ,dengan senyuman suasana akan berubah senyum adalah sedekah .dengan senyuman dapat menceriakan orang lain. marilah sedekahkan senyuman.

No comments:

Post a Comment