Assalammualaikum Pembuka Bicara
Puji dan syukur dengan apa yang dianugerah Allah .Solawat dan salam kepada junjungan Rasulullah.
Konsep 7M Dalam Kehidupan Berumahtangga
- Memahami Istilah yang sentiasa didengari setiap pasangan akan cuba amalkan dalam kehidupan berpasangan. Faham amat penting tapi memahami adalah istilah yang cukup berbeza dengan apa yang kita faham .Faham hanya melibatkan sebelah pihak ,tapi memahami melibatkan dua pihak. saling cuba untuk sedar akan tanggungjawab dan perbezaan yang kadang-kadang sukar untuk diterima .
- Memberi Dalam dunia ini jika nak gembira maka banyaklah memberi , memberi bukan hanya dengan kebendaan banyak istilah memberi yang kita terlupa , memberi tenaga, senyuman dan selain itu. Dalam kehidupan bekelurga Suami perlu memberi dan menberi tanpa mengharap balasan ini kerana adalah satu pelaburan yang Allah telah janjikan. Bagi pihak isteri juga harus bersifat memberi juga dalam keluarga. Saling memberi akan gembira dalam kehidupan seharian insyAllah.
- Memaafkan Perkataan yang amat payah manusia keluarkan dari mulut . Manusia jika buat salah jarang memaafkan banyak memendam rasa . Dalam keluarga maaf harus diterapkan agar hidup harmoni .perlu buang perkataan ego dalam diri masing-masing .kesedaran perlu dalam segala hal. Sila amalkan agar keluarga positif dalam kehidupan .
- Melengkapi Bila bina keluarga saling melengkapi penting bukan semua suami boleh buat dan bukan semua isteri boleh buat ,sebaiknya cuba berterus terang agar dan komunikasi agar bersedia untuk sedar diri tentang kekurangan diri masing-masing.
- Memotivasikan Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
- Meredhai Kata ustaz redha dari dalam keluar ,Maksud nya apa yang kita bagi perlu sepenuhnya serah sepenuhnya ,Ingat dalam rumah tangga redha amat penting kerana keredhaan suami dan isteri dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing .
- Menyerah kepada Allah Setiap apa yang kita lakukan ingatlah Allah yang utama .Sila tekankan dalam kehidupan Allah yang pertama . Andai tiada penyelesaian ingatlah kembali waktu-waktu suka dan gembira . Ujian dan dugaan adalah garam kehidupan.

No comments:
Post a Comment