Tuesday, August 13, 2013

Menghitung Hari (Seronok Kahwin)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah dekat dah ...hati rasa berdebar dan risau bermain dikepala..InsyAllah Akan cuba sebaik mungkin ..berharap dan yakin dengan Janji Allah. Semoga dipermudahkan dan di berkati perkahwinan ini insyAllah. 

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

#5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

#6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

#8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

#9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

#10 Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

Menghitung Hari...(Seronok Kahwin)

Friday, January 11, 2013

Pemimipin

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".(Al Baqarah 2: 30)

Hadis Rasulullah: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban tentang bapa yang ia pimpin.

“Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

“sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)

riwayatkan dari Abu Hurairah:“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

“Takutlah kamu kepada ALLAH dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah ALLAH.”
(Hadis Yang Diriwayatkan Oleh: Muslim)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana ALLAH telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka”. An Nisa 34
 
Monday, January 7, 2013

7M

Assalammualaikum Pembuka Bicara 
Puji dan syukur dengan apa yang dianugerah Allah .Solawat dan salam kepada junjungan Rasulullah. 

Konsep 7M Dalam Kehidupan Berumahtangga
  • Memahami                                                                                                                                          Istilah yang sentiasa didengari setiap pasangan akan cuba amalkan dalam kehidupan berpasangan. Faham amat penting tapi memahami adalah istilah yang cukup berbeza dengan apa yang kita faham .Faham hanya melibatkan sebelah pihak ,tapi memahami melibatkan dua pihak. saling cuba untuk sedar akan tanggungjawab dan perbezaan yang kadang-kadang sukar untuk diterima .
  • Memberi                                                                                                                                  Dalam dunia ini jika nak gembira maka banyaklah memberi , memberi bukan hanya dengan kebendaan banyak istilah memberi yang kita terlupa , memberi tenaga, senyuman dan selain itu. Dalam kehidupan bekelurga Suami perlu memberi dan menberi tanpa mengharap balasan ini kerana adalah satu pelaburan yang Allah telah janjikan. Bagi pihak isteri juga harus bersifat memberi juga dalam keluarga. Saling memberi akan gembira dalam kehidupan seharian insyAllah.                                                                         
  • Memaafkan Perkataan yang amat payah manusia keluarkan dari mulut . Manusia jika buat salah jarang memaafkan banyak memendam rasa . Dalam keluarga maaf harus diterapkan agar hidup harmoni .perlu buang perkataan ego dalam diri masing-masing .kesedaran perlu dalam segala hal. Sila amalkan agar keluarga positif dalam kehidupan .
  • Melengkapi                                                                                                                                          Bila bina keluarga saling melengkapi penting bukan semua suami boleh buat dan bukan semua isteri boleh buat ,sebaiknya cuba berterus terang agar dan komunikasi agar bersedia untuk sedar diri tentang kekurangan diri masing-masing.
  • Memotivasikan                                                                                                                   Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
  • Meredhai                                                                                                                                   Kata ustaz redha dari dalam keluar ,Maksud nya apa yang kita bagi perlu sepenuhnya serah sepenuhnya ,Ingat dalam rumah tangga redha amat penting kerana keredhaan suami dan isteri dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing .
  • Menyerah kepada Allah                                                                                                          Setiap apa yang kita lakukan ingatlah Allah yang utama .Sila tekankan dalam kehidupan Allah yang pertama . Andai tiada penyelesaian ingatlah kembali waktu-waktu suka dan gembira . Ujian dan dugaan adalah garam kehidupan.
Sekadar Perkongsian .Semoga Berguna 

Sunday, January 6, 2013

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH

                                                             Assalamualaikum WBT

Ilmu untuk panduan masa hadapan , Mari Kita Amalkan InsyALLAH  keluarga bahagia .

1. Beriman dan beramal salih.
Dalam merealisasikan keluarga bahagia ketua keluarga perlu mendidik dan menekankan amal yg soleh dan baik dalam keluarga. Hidup sekarang yang penuh dengan cabaran dan dugaan hanya benteng iman dapat menolong dari terjebak dengan anasir-anasir luar yang boleh memporak perandakan isteri dan anak-anak.Buat lah kebaikan insyAllah telah dijanjikan habuan yang baik oleh Allah. “Siapa yang beramal salih baik lelaki-lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Manusia adalah hamba maka sebagai hamba perlu sentiasa patuh dan taat kepada pencipta . Sesuai dengan status hamba maka kita perlu ingatkan Allah selalu, mintalah pertolongan kepadanya jauhi laranganya dalam kehidupan ,jika berdosa segeralah bertaubat agar mendapat rahmat dan barokah hidup. Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Maksud disini adalah kebergantungan manusia tiada lain hanya Allah. Allah yang lebih memahami manusia ,pohon lah kepada Allah insyAllah dia akan menunaikan segala permintaan kita . Syarat kita perlu patuh dan taat kepadanya. Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

8. Bersangka Baik Sesama Manusia
Dalam kehidupan sifat bersangka baik adalah bagus untuk kehidupan berkeluarga. Manusia akan merasa aman dan tenang jika sifat ini di amalkan. Bila bersangka baik maka perkara positif akan mempengaruhi pemikiran kita ,jadi perkara baik akan terjadi insyAllah. Berserah kepada Allah ,Syaitan akan cuba menghasut manusia sehingga bersangka buruk agar terciptanya fitnah sesama manusia. Amalkan dalam kelaurga saling faham memahami dan tiada sengketa.  Rasulullah S.A.W. bersabda yang mafhumnya :"Amat menankjubkan  sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu yang berada di persekitarannya. Sikap ini  sebenarnya tidak pernah wujud pada umat yang lain kecuali kepada golongan Mukmin. Apabila seseorang Mukmin itu memperoleh kebaikan, dia langsung bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya ". (HR Muslim)

9. Komunikasi sesama Manusia 
Dalam menjadikan kehidupan tenang dan aman .Islam menekankan komunikasi antara Allah dan Makhluk perlu dijaga. Semestinya Allah harus diutamakan ,Solat perlu khusuk dan yakin dengan Allah. komunikasi sesama manusia Masyarakat dan Keluarga amat penting. menjaga hati orang perlu dalam kelangsungan hidup sesama manusia. saling hormat menghormati dan faham memahami perlu dalam asas kehidupan ini. Tiada toleransi maka pincang kehidupan. Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….” (Ali Imran ayat 159) dan  Allah berfirman,” Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu sekalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu sekalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu sekalian di sisi Allah adalah yang paling takwa diantara kamu sekalian”. (Al Hujarat, : 13)

Sekadar Perkomgsian  Agar Menjadi Terbaik.

Friday, January 4, 2013

Jadi Suami Yang Bertanggungjawab

Assalamualaikum ..
Terbaca artikel ini..untuk peringatan diri sendiri supaya menambah menimba ilmu agar dipermudahkan segalanya dalam menghadapi tanggungjawab selepas ini insyAllah.Allah berfirman "Sesungguhnya sekalian orang  yang beriman itu adalah sebagai saudara-saudara" Al-Hujurat :10 . Lelaki Adalah PEMIMIPIN maka pemimpin perlu bertanggungjawab dibawah jagaanya.Firman Allah "Dan perintahkanlah keluargamu dengan solat dan bersabarlah atasnya" (Thaha :132). Dalam membina keluarga KESABARAN amat penting.peringatan diri sendiri.

LELAKI secara azali adalah pelindung kepada wanita yang menjadi sebahagian dari hidupnya. Bapa adalah pelindung kepada anak-anak, abang pelindung kepada adik-adik, juga dalam lain-lain keadaan tunang...kekasih...apatah lagi suami, semestinyalah jadi pelindung kepada isterinya bukan?. Berikut adalah beberapa petua untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab  : 

1. Isteri adalah manusia.
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi..Sebagai lelaki perlu untuk anda memahami wanita dalam segala aspek. Firman Allah " Hai sekalian orang-orang yang beriman ,jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka yang bahan bakarnya adalah para manusia dan batu "( At tahrim :6)

2. Dengar pendapat isteri.
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung. Hadis Dari Ummu Kultsum Bt Uqbah B Abu Mu'aith Katanya : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda" Bukannya termasuk pendusta orang yang mendamaikan antara para manusia, lalu ia menyampaikan berita yang baik atau mengatakan sesuatu yang baik"

3. Beri pujian kepada isteri.
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari. Teringat Kisah Rasulullah yang mana Rasullullah memanggil Saidina Aisyah dengan gelaran Ya Umairah . Gelaran itu memuji saidina Aisyah Isteri Rasulullah. ,

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting.
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri.
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?  Allah berfirman " Dan menjadi kewajipan ayah untuk mencukupkan keperluan rezeki- makan dan minum serta pakaian dengan secara baik sepantasnya kepada ibu yang menyusukan anaknya baik masih jadi isterinya maupun sudah diceraikannya " Al-Baqarah 233.

7. Bantu ringankan tugas isteri.
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum. Allah berfirman "Dan tundukkanlah sayapmu ,yakni bersikap merendahlah kepada sesama kaum mu'minin" Al-Hijr 88.

8. Isteri bukan pembantu rumah.
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat.
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu. Allah berfirman " Dan segala sesuatu apapun yang engkau semua nafkahkan maka Allah tentu menggantikanya" Surah Saba :39 .Rasulullah contoh terbaik dimana baginda bermain belari-lari dengan saidin Aisyah. dan Baginda menolong Saidina Aisayah apabila berada di rumah.

10. Romantis
Ciuman adalah salah satu cara romantis . Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. Tapi banyak cara romantis yang kadang-kadang kita boleh pelajari. salaing memahami cara pemikiran dan perbezaan juga akan menjadi romantis andai saling menolong dalam sesuatu untuk menceriakan rumah tangga. Semoga suami kreatif dalam romantis..
 
11. Sentiasa menambah Ilmu
Dalam kehidupan seharian lelaki yang rasa sudah cukup Ilmu adlah manusia paling malas. Islam menggariskan menuntut ilmu wajib bagi orang muslim ,Sebagai suami ILMU perlu ditambah agar bahtera kehidupan atau kapal yang dibawa mendapat jalan yang betul . Ilmu bukan datang sendiri atau pengalaman, tapi perlu di cari dan difahami agar hidup menjadi sempurna dalam mendidik iateri dan anak-anak .Terapkan budaya ILMu dalam keluarga  insyallah keluarga selamat.

12. Senyuman
Lelaki yang baik akan sentiasa senyum ,dengan senyuman suasana akan berubah senyum adalah sedekah .dengan senyuman dapat menceriakan orang lain. marilah sedekahkan senyuman.