Bila berbicara tentang cinta maka akan terlintas dalam fikiran kita cinta sesama manusia ..tapi apa yang manusia faham sekarang adalah cinta manusia menjadi dambaan dan pencarian dalam hidup seharian..Allahhuakabar semoga kita sedar bahawa cinta itu amatlah bagus andai disulam dengan cinta-cinta yang manusia sendiri lupa...Persoalan yang manusia sering lupa cintanya Allah kepada manusia ..seperti Allah sayang kepada kita dengan memberi segala nikmat yang tak terkira sampaikan ada firman seperti maksud " Jika dihitung nikmatku nescaya manusia tak dapat membalasnya" Tengok Allah cintakan manusia, kita perlu cintakan Allah sebab dia yang menjadikan kita , tanpa izin Dia siapa Manusia ini..Seringkali manusia terlupa jasa Rasulullah ...lihat betapa cintanya Rasul kepada umatnya dia menerima segala perintah Allah untuk menjadi panduan dan pedoman kepada Manusia Lain,,sehinggakan Rasul sebelum wafat masih mengingati umatnya..Ya Allah betapa manusia ini lalai dalam mengingati MU dan Rasul MU. Sewajarnya kita dahulukan cinta Allah dan rasul baru datangnya cinta dambaan sesama manusia. Allah dan Rasul juga meletakkan cinta kepada IBUBAPA adalah utama ini kerana kerana mereka siapalah kita didunia ini..kerana kesanggupan dan tanggungjawab maka lahirlah Manusia di dunia hasil dari semaian benih cinta . Ya Allah telah aturkan kehidupan kita secantiknya .. Bila kita berfikir dan menerima sesuatu itu adlah lebihbaik berfikir sedalam-dalamnya jika tidak mampu mintalah pandagan orang lain yang lebih mengtahui..Manusia ini tidak lari dari godaan dan hawanafsu sendiri..Jika diikutkan hati manusia akan terpesong dari landasan itu ..Islam telah meletakkan cara dimana manusia harus mengaturkan agar cinta itu menjadi satu rahmat dan nikmat yang tak ternilai andai cara itu betul..Islam tidak melarang cinta malah dalam islam ada diterangkan bagaimana untuk menjadikan cinta itu sempurna ...sebagai manusia aku harap aku tergolong dalam golongan yang mendambakan cinta ilahi disulami cinta rasul dan cinta redha ibubapa dan sesama Manusia...Cuba bayangkan dunia tanpa Cinta maka..lahirlah kekurangan dan kepincangan masyarakat..anak tak sayang ibubapa.Masyarakat tidak saling menghormati..maka terjadilah kekeliruan kehidupan ..Ya Allah jauhkan lah sifat2 tersebut..Aku nak nasihat diri sendiri agar Aku tidak lalai dalam mengejar cinta-cinta tersebut..akau berharap semua cinta tersebut aku dapat..Ya Allah jadikan hambamu ini insan Bertaqwa...
No comments:
Post a Comment