Alhamdulilah 2012 telah
meninggalkan segala penuh sukacita ,dukacita dan masam manis kehidupan yang
Allah berikan kepada aku.Masa berlalu jangan diikenang ...tapi perlu muhasabah
untuk menilai apa yang dilakukan agar menjadi panduan dan pedoman semoga hari-hari
yang mendatang tidak sia-sia
.InshaAllah.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr : 1-3
Sekadar coretan untuk diri bila memperingati dan nasihat mana yang perlu. Hati manusia siapa yang tahu kecuali Penciptanya .Ya Allah agar nukilan ini menjadi jalan muhasabah agar lebih baik dlam perjuangan ini.
Januari 2012
Ya Allah bulan dimana aku
dilahirkan dan kakak ku dilahirkan . Penuh warna warni dihiasi dengan azam dan
percaturan-percaturan yang bakal dilalui oleh diri ini...semestinya melihat
diawal tahun maka bersemangatlah aku untuk mengapai sesuatu.Syukur dengan
nikmat Allah januari dilalui dengan mudah dan penuh semangat kerana
menyangkakan hidup ini akan mudah insyAllah.Moga jodoh dipermudahkan rezeki
dilimpahkan itu adalah kemestian setiap kali bermula awal tahun.setiap hari
rutin tiada berubah kerja dan tanggaungjawab sebagai hamba itu tidak dapat
lari, cuma kadang-kadang lalai kerana kesilapan diri sendiri.
Bila dikenang semula begitu pantas 2011 berlalu dan datang 2012. Rasa
masa berlalu cukup pantas ...Berdoa semoga 2012 dapat ilham dari doa-doa yang kutitipkan
kepada Allah. Ingat selalu Positif dalam segala perkara..cuba berubah dan
menjadi lebih matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tanggungjawab sebagai
anak harus di ingati supaya tidak derhaka kepada ibubapa. Kehidupan mematangkan
kita.biar susah dahulu senang-senang kemudian .Ubatilah hati dengan
ILMU..inshaAllah di permudahkan.
Febuari 2012
Seperti mana orang lain percaturan hidup diteruskan
.Melihat kebelakang bukanlah mudah untuk menerima kesalahan tapi melihat
kehadapan untuk mencakna kehidupan yang semakin susah. Dugaan tiada yang besar
tapi sebagai hamba tidak diuji menunjukkan kita jauh dari Allah. Allah sayang
hamba-hambanya yang bertaqwa.Dia menguji kita agar kita ingat kepadanya. Ya
Allah setelah dua bulan berlalu maka strategi disusan hampir menjadi...tetapi
bak kata pepatah mendung tak bermakna hujan.. persedian perlu dari diri
sendiri. Tolakan bermakna mungkin ada yang Allah telah tetapkan dia bukan hak
kita.Kecewa bukan sifatku, berputus asa bukan sifatku..berfikiran positif kegemaran
aku..maka terima seadanya. Allah mengatahui hambanya.
March 2012
Syukur kerana dikurniakan Allah
untuk sampai kepada bulan ketiga masihi .kehidupan berjalan seperti biasa tiada
kekecewaan dan kehilangan .Ilmu ditambah dengan hidup penuh dengan cabaran .Bulan
ini juga berlangsungnya majlis pertunangan kakak aku dengan orang johor.Alhamdulilah
majlis kecil sahaja buat mana yang terbaik. Dah sampai jodoh kakak aku. Dalam
perancangan insyAllah tahun hadapan majlis .Syukur Allah hendak bagi yang terbaik semoga kakak
dan bakal abang ipar menjaga batas-batas semasa bertunang. Banyakan memohon
kepada Allah semoga dipermudahkan.
April 2012
Kehidupan bila dihitung maka sia-sia kerana apa yang yang lepas hanya kenangan kepada diri ini ..April sentiasa didalam hati , apa yang jika apa pun tiada kisah yang menarik untuk diingati oleh diri ini. Tugas sebagai hamba menjadi utama dah tugas kepada IbuBapa harus diteruskan berbakti walaupun apa jua cabaran dan dugaan. Jika dikenang tak terbalas jasa meraka mendidik diri ini sehingga sekarang. Siapalah aku tanpa mereka .Ya Allah peliharalah kedua IBUBAPA ku seperti mana mereka mendidik dan memeliraha akau sewaktu aku kecil. Ya Allah syurgamu adalah ganjaran untuk IBUBAPA ku..
Mei 2012
Memori manusia ini amatlah lemah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan. maka tak aku ingat apa yang banyak terjadi sekadar becerita samabil menasihati diri ini sendiri yang utama .Jika ini yang dapat aku hasilkan atas kesedaran diri sendiri maka akan berguna untuk semua yang lain ,Monolog diri sekadar ingatkan diri jangan diulang sejarah lama .Ada kata-kata menytakan jangan kamu jatuh tempat yang sama ,Ambil pengjaran dalam setiap apa yang berlaku ,yang pasti jangan menyesal kerana yang terjadi takdir Allah. Hampir separuh tahun berlalu semoga ada pencerahan dari Allah ,Ya Allah kuatkan lah diri ini dalam istiqamah segala perkara untuk MU ya Allah.
Jun 2012
Peristiwa yang tak dapat aku lupakan
ketika bekerja di Leadcom (M) Sdn Bhd. Kuasa Allah jika tak jadi macam ini
mungkin aku masih ditahap yang sama. Kadang-kadang aku terfikir mungkin ada
hikmah sebalik kejadian semua ini. Rezeki ada dimana-mana. Perubahan perlu
berlaku dalam diri. Untuk menyesal apa yang berlaku tiada guna masa yang lepas
biarkan berlalu.Kerana kesilapan diri sendiri , Allah tunjukkan aku jalan
penyelesaian .Aku maafkan semua orang,mugkin itu yang terbaik kalau dia tak jumpa
aku mungkin masih disitu mengharap perubahan ,Benarlah Kata Allah Mintalah kepada
aku nescaya aku akan makbulkan.Bila kita berharap kepada manusia maka sia-sia.
Ya Allah tabahkan hati ku..kadang-kadang lalai sehingga lupakan Mu. Bertitik
tolak dari kes tersebut aku cuba mencari lebih baik dan cuba sehingga dapat
kelaur dari Masalah ini.minta pandagan orang-orang disekeliling agar dapat mengpositife kan diri . Alhamdulilah
ada jalan tersebut.
Julai 2012
Bulan penuh rahmat dimana
Ramadhan dibulan ini.Alhamdulilah dapat berjumpa ramadhan sekali lagi, dan
dapat menunaikan puasa sepenuhnya walaupun terawikh ada yang tidak dapat
dilaksanakan kerana kerja dan sebagainya .Ya Allah semoga dimasa hadapan jika
dipanjangkan umur dapat aku berjumpa ramadhan lagi dan bertekat cuba menambah
amalan sebaik mungkin.Jangan jadikan alasan untuk membuat perkara kebaikan.
Ogos 2012
Penuh dengan cerita .Bulan ini
adalah tarikh kelahiran Ibu dan Ayah. Bulan ini jugak adalah Aidilfitri dimana
umat islam meyambut selapas berpuasa
sebulan . di waktu ini juga aku dapat tawaran kerja baru.Alhamdulilah
berkat usaha dan doa semua orang yang mendoakan aku .syukur rezeki Allah itu
luas dia bagi jika kita minta. Aidil fitri disambut meriah seperti tahun
sebelum-sebelum nya Cuma tanggungjawab dah bertambah macam-macam kena sediakan.
Allah limpahkan kurnianya dengan rezeki tak putus-putus ,bolehla sedekah
sedikit sebanyak mana yang mampu.Tahun ini tahun ketiga aku beraya setelah
bekerja. Bajet pun boleh la duit raya adalah sedikit untuk org2 tersayang
.Rezeki kita untuk dikongsi baru bekembang dan melimpah2. Tahun ini cuti
seminggu walaupun aku baru kerja ditempat baru. Raya tahun ni rutin dah ada
kereta ni bnyak berjalan bawa makayah pergi rumah saudara saudari .Pergi Ipoh
dan Kuala Kangsar bawa jumpa adik beradik Emak.Tanggungjawab anak untuk
membahagiakan ibubapa..Selagi ada hayat mereka inshaAllah akan kubahagiakan
mereka. Doa Mereka ,redha mereka aku berjaya dalam menempuh dugaan
dunia.Berusaha jadi anak SOLEH . Bulan
ini juga bulan Merdeka bagi Negara Malaysia. Isu paling best berkaitan
Logo Merdeka yang amat tak berbaloi dan hampeh dengan cogankata yang tak
menunjukkan keintelektual orang kita.Apa nak jadi bila dah ada kuasa lupa orang
yang dibawah. Orang menegur bersebab maka dengarlah .Ya Allah selamatkan
Malaysia.
September 2012
Bulan 9 ada cerita apa yang menarik
untuk dicceritakan . Rasanya tiada apa yang menarik cuma di tempat baru kerja
yang baru banyak benda perlu difahami dan dipelajari tapi tak mencabar sangat
bagi diri aku ini.Bila kita positif insyAllah ada kesengan dan jalan terbaik yang Allah bagi. Manusia tidak lari dari kekecewaan jika dilayan kecewa tidak kemana. Yang penting ingat tujuan kita ,ingat kembali asas dan tujuan di dunia ini. Kita Hamba maka sudah semestinya hamba perlu menjalankan tanggungjawab nya . Hidup sementara tiada kekal sehingga Mati menjemput. Manusia tak pernah lari dari dosa ,hari-hari kita dihidangkan dengan pilihan berdosa atau tidak .Diri perlu kuat dengan jaga solat . Nasihat diri ini supaya Solat diutamakan . Carilah persekitaran dan kawasan yang membina sahsiah ,jauhilah perkara2 mungkar .
Oktober 2012
Tragedi Oktober ....di bulan ini
yang paling aku ingat ayah masuk wad Hospital Teluk Intan selama 5 hari. Ayah
kena tekanan darah yang tinggi .Ya Allah kau berilah kesihatan yang baik kepada
ayah dan ibuku.Hidup ini adalah ujian Allah tidak menjadikan sesuatu perkara jika hambanya tidak mampu ,Allah adil kepada Hamba-hamba nya .Dia yang menciptakan kita ,maknanya dia lebih memahami diri ini. Ujian dan cabaran sekeliling menjadi diri ini kuat dan mungkin tanda-tanda kita lupa kepada dia agar kita kembali mengingati dia , Ya Allahh jadikan hambamu ini sentiasa mengingati Mu
November 2012
Bulan paling best sebab ada
cerita menarik .Cerita Cinta bermula....hehehe. Bab cinta banyak jer nak tulis
,tapi sebenarnya hari-hari cerita cinta rekaan dunia bermain di fikiran melayan cerita cinta menjadikan aku jumud agaknya sebab bila dilayan syaitan akan menolong memikirkan fantasi-fantasi yang kadang-kadang susah diterima akal sendiri. Manusia terbahagi dua ,nafsu dan akal ..sebaik-baik manusia yang berjaya mengawal nafsu dengan akal yang berlandaskan acuan sebenar. Ya Allah kuatkan hamba mu agar jalan yang dipilih adalah dari Mu ,Hamba mu ini lemah hanya dengan bantuan Mu aku jadi kuat. Semua ini adalah tatapan hidup aku yang telah engkau tetapkan. Kita merancang tapi prancangan Mu adalah yang terbaik. Bab hati ini insyAllah jika diziznkan Allah dan reda Ibubapa insyAllah terbaik . InsyAllah kerana Niat kerana Allah maka Allah jualah yang menetukan .Manusia berusaha sekadar yang mampu ,kerana manusia itu hamba tujuan yang utama harus diutamakan ,banyak tujuan yang perlu diselesaikan sehingga tujuan asal yang utama menjadi hamba Allah yang diredai agar mencapai Syurga Allah.
Disember 2012
Alhamdulilah melangkah ke tahun baru .sedikit sebanyak perubahan harus
diteruskan walaupun ada azam yang lama tak tercapai dan mungkin azam-azam akan
berubah lagi, tapi itu tiada masalah, masa akan berlalu peluang datang hanya
sekali tiada peluang kedua atau ketiga ,Masa tidak boleh ddiulang tinggal
sejarah jadikan sejarah itu pengajran kepada kita agar lebih berhati-hati. Perjuangan Belum selesai sebagai hamba Allah tiada istilah rehat sebenarnya ,sampai mati pun kita direhatkan di alam kubur sebelum dibangunkan di padang masyhar dihari perhitungan . Ya Allah bantulah hamba ini agar berada dijalan yang lurus ,jalan yang engkau beri kepda orang-orang soleh dan beriman. Amin
2012 telah pergi hanya kenangan dan sejarah dicipta .Berdoa Semoga dosa-dosa yang aku lakukan di ampunkan Allah ..siapalah hamba ini yang kadang-kadang lalai dan alpha kepada Mu Ya Allah. Semoga Lembaran baru aku istiqamah dan mendekatkan diri kepada Allah.
No comments:
Post a Comment