Monday, December 31, 2012

Dunia ..

2012 Dalam Kenangan



Alhamdulilah 2012 telah meninggalkan segala penuh sukacita ,dukacita dan masam manis kehidupan yang Allah berikan kepada aku.Masa berlalu jangan diikenang ...tapi perlu muhasabah untuk menilai apa yang dilakukan agar menjadi panduan dan pedoman semoga hari-hari yang  mendatang tidak sia-sia .InshaAllah.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr : 1-3

Sekadar coretan untuk diri bila memperingati dan nasihat mana yang perlu. Hati manusia siapa yang tahu kecuali Penciptanya .Ya Allah agar nukilan ini menjadi jalan muhasabah agar lebih baik dlam perjuangan ini.

Januari 2012
Ya Allah bulan dimana aku dilahirkan dan kakak ku dilahirkan . Penuh warna warni dihiasi dengan azam dan percaturan-percaturan yang bakal dilalui oleh diri ini...semestinya melihat diawal tahun maka bersemangatlah aku untuk mengapai sesuatu.Syukur dengan nikmat Allah januari dilalui dengan mudah dan penuh semangat kerana menyangkakan hidup ini akan mudah insyAllah.Moga jodoh dipermudahkan rezeki dilimpahkan itu adalah kemestian setiap kali bermula awal tahun.setiap hari rutin tiada berubah kerja dan tanggaungjawab sebagai hamba itu tidak dapat lari, cuma kadang-kadang lalai kerana kesilapan diri  sendiri.  Bila dikenang semula begitu pantas 2011 berlalu dan datang 2012. Rasa masa berlalu cukup pantas ...Berdoa semoga 2012 dapat ilham dari doa-doa yang kutitipkan kepada Allah. Ingat selalu Positif dalam segala perkara..cuba berubah dan menjadi lebih matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tanggungjawab sebagai anak harus di ingati supaya tidak derhaka kepada ibubapa. Kehidupan mematangkan kita.biar susah dahulu senang-senang kemudian .Ubatilah hati dengan ILMU..inshaAllah di permudahkan.

Febuari 2012
Seperti  mana orang lain percaturan hidup diteruskan .Melihat kebelakang bukanlah mudah untuk menerima kesalahan tapi melihat kehadapan untuk mencakna kehidupan yang semakin susah. Dugaan tiada yang besar tapi sebagai hamba tidak diuji menunjukkan kita jauh dari Allah. Allah sayang hamba-hambanya yang bertaqwa.Dia menguji kita agar kita ingat kepadanya. Ya Allah setelah dua bulan berlalu maka strategi disusan hampir menjadi...tetapi bak kata pepatah mendung tak bermakna hujan.. persedian perlu dari diri sendiri. Tolakan bermakna mungkin ada yang Allah telah tetapkan dia bukan hak kita.Kecewa bukan sifatku, berputus asa bukan sifatku..berfikiran positif kegemaran aku..maka terima seadanya. Allah mengatahui hambanya.

March 2012
Syukur kerana dikurniakan Allah untuk sampai kepada bulan ketiga masihi .kehidupan berjalan seperti biasa tiada kekecewaan dan kehilangan .Ilmu ditambah dengan hidup penuh dengan cabaran .Bulan ini juga berlangsungnya majlis pertunangan kakak aku dengan orang johor.Alhamdulilah majlis kecil sahaja buat mana yang terbaik. Dah sampai jodoh kakak aku. Dalam perancangan insyAllah tahun hadapan majlis .Syukur  Allah hendak bagi yang terbaik semoga kakak dan bakal abang ipar menjaga batas-batas semasa bertunang. Banyakan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan. 

April 2012
Kehidupan bila dihitung maka sia-sia kerana apa yang yang lepas hanya kenangan kepada diri ini ..April sentiasa didalam hati , apa yang jika apa pun tiada kisah yang menarik untuk diingati oleh diri ini. Tugas sebagai hamba menjadi utama dah tugas kepada IbuBapa harus diteruskan berbakti walaupun apa jua cabaran dan dugaan. Jika dikenang tak terbalas jasa meraka mendidik diri ini sehingga sekarang. Siapalah aku tanpa mereka .Ya Allah peliharalah kedua IBUBAPA ku seperti mana mereka mendidik dan memeliraha akau sewaktu aku kecil. Ya Allah syurgamu adalah ganjaran untuk IBUBAPA ku..

Mei 2012
Memori manusia ini amatlah lemah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan. maka tak aku ingat apa yang banyak terjadi sekadar becerita samabil menasihati diri ini sendiri yang utama .Jika ini yang dapat aku hasilkan atas kesedaran diri sendiri maka akan berguna untuk semua yang lain  ,Monolog diri sekadar ingatkan diri jangan diulang sejarah lama .Ada kata-kata menytakan jangan kamu jatuh tempat yang sama ,Ambil pengjaran dalam setiap apa yang berlaku ,yang pasti jangan menyesal kerana yang terjadi takdir Allah. Hampir separuh tahun berlalu semoga ada pencerahan dari Allah ,Ya Allah kuatkan lah diri ini dalam istiqamah segala perkara untuk MU ya Allah.

Jun 2012
Peristiwa yang tak dapat aku lupakan ketika bekerja di Leadcom (M) Sdn Bhd. Kuasa Allah jika tak jadi macam ini mungkin aku masih ditahap yang sama. Kadang-kadang aku terfikir mungkin ada hikmah sebalik kejadian semua ini. Rezeki ada dimana-mana. Perubahan perlu berlaku dalam diri. Untuk menyesal apa yang berlaku tiada guna masa yang lepas biarkan berlalu.Kerana kesilapan diri sendiri , Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian .Aku maafkan semua orang,mugkin itu yang terbaik kalau dia tak jumpa aku mungkin masih disitu mengharap perubahan ,Benarlah Kata Allah Mintalah kepada aku nescaya aku akan makbulkan.Bila kita berharap kepada manusia maka sia-sia. Ya Allah tabahkan hati ku..kadang-kadang lalai sehingga lupakan Mu. Bertitik tolak dari kes tersebut aku cuba mencari lebih baik dan cuba sehingga dapat kelaur dari Masalah ini.minta pandagan orang-orang disekeliling  agar dapat mengpositife kan diri . Alhamdulilah ada jalan tersebut.

Julai 2012
Bulan penuh rahmat dimana Ramadhan dibulan ini.Alhamdulilah dapat berjumpa ramadhan sekali lagi, dan dapat menunaikan puasa sepenuhnya walaupun terawikh ada yang tidak dapat dilaksanakan kerana kerja dan sebagainya .Ya Allah semoga dimasa hadapan jika dipanjangkan umur dapat aku berjumpa ramadhan lagi dan bertekat cuba menambah amalan sebaik mungkin.Jangan jadikan alasan untuk membuat perkara kebaikan.

Ogos 2012
Penuh dengan cerita .Bulan ini adalah tarikh kelahiran Ibu dan Ayah. Bulan ini jugak adalah Aidilfitri dimana umat islam meyambut selapas berpuasa  sebulan . di waktu ini juga aku dapat tawaran kerja baru.Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua orang yang mendoakan aku .syukur rezeki Allah itu luas dia bagi jika kita minta. Aidil fitri disambut meriah seperti tahun sebelum-sebelum nya Cuma tanggungjawab dah bertambah macam-macam kena sediakan. Allah limpahkan kurnianya dengan rezeki tak putus-putus ,bolehla sedekah sedikit sebanyak mana yang mampu.Tahun ini tahun ketiga aku beraya setelah bekerja. Bajet pun boleh la duit raya adalah sedikit untuk org2 tersayang .Rezeki kita untuk dikongsi baru bekembang dan melimpah2. Tahun ini cuti seminggu walaupun aku baru kerja ditempat baru. Raya tahun ni rutin dah ada kereta ni bnyak berjalan bawa makayah pergi rumah saudara saudari .Pergi Ipoh dan Kuala Kangsar bawa jumpa adik beradik Emak.Tanggungjawab anak untuk membahagiakan ibubapa..Selagi ada hayat mereka inshaAllah akan kubahagiakan mereka. Doa Mereka ,redha mereka aku berjaya dalam menempuh dugaan dunia.Berusaha jadi anak SOLEH . Bulan  ini juga bulan Merdeka bagi Negara Malaysia. Isu paling best berkaitan Logo Merdeka yang amat tak berbaloi dan hampeh dengan cogankata yang tak menunjukkan keintelektual orang kita.Apa nak jadi bila dah ada kuasa lupa orang yang dibawah. Orang menegur bersebab maka dengarlah .Ya Allah selamatkan Malaysia.

September 2012
Bulan 9 ada cerita apa yang menarik untuk dicceritakan . Rasanya tiada apa yang menarik cuma di tempat baru kerja yang baru banyak benda perlu difahami dan dipelajari tapi tak mencabar sangat bagi diri aku ini.Bila kita positif insyAllah ada kesengan dan jalan terbaik yang Allah bagi. Manusia tidak lari dari kekecewaan jika dilayan kecewa tidak kemana. Yang penting ingat tujuan kita ,ingat kembali asas dan tujuan di dunia ini. Kita Hamba maka sudah semestinya hamba perlu menjalankan tanggungjawab nya . Hidup sementara tiada kekal sehingga Mati menjemput. Manusia tak pernah lari dari dosa ,hari-hari kita dihidangkan dengan pilihan berdosa atau tidak .Diri perlu kuat dengan jaga solat . Nasihat diri ini supaya Solat diutamakan . Carilah persekitaran dan kawasan yang membina sahsiah ,jauhilah perkara2 mungkar .

Oktober 2012
Tragedi Oktober ....di bulan ini yang paling aku ingat ayah masuk wad Hospital Teluk Intan selama 5 hari. Ayah kena tekanan darah yang tinggi .Ya Allah kau berilah kesihatan yang baik kepada ayah dan ibuku.Hidup ini adalah ujian Allah tidak menjadikan sesuatu perkara jika hambanya tidak mampu ,Allah adil kepada Hamba-hamba nya .Dia yang menciptakan kita ,maknanya dia lebih memahami diri ini. Ujian dan cabaran sekeliling menjadi diri ini kuat dan mungkin tanda-tanda kita lupa kepada dia agar kita kembali mengingati dia , Ya Allahh jadikan hambamu ini sentiasa mengingati Mu

November 2012
Bulan paling best sebab ada cerita menarik .Cerita Cinta bermula....hehehe. Bab cinta banyak jer nak tulis ,tapi sebenarnya hari-hari cerita cinta rekaan dunia bermain di fikiran melayan cerita cinta menjadikan aku jumud agaknya sebab bila dilayan syaitan akan menolong memikirkan fantasi-fantasi yang kadang-kadang susah diterima akal sendiri. Manusia terbahagi dua ,nafsu dan akal ..sebaik-baik manusia yang berjaya mengawal nafsu dengan akal yang berlandaskan acuan sebenar. Ya Allah kuatkan hamba mu agar jalan yang dipilih adalah dari Mu ,Hamba mu ini lemah hanya dengan bantuan Mu aku jadi kuat. Semua ini adalah tatapan hidup aku yang telah engkau tetapkan. Kita merancang tapi prancangan Mu adalah yang terbaik. Bab hati ini insyAllah jika diziznkan Allah dan reda Ibubapa insyAllah terbaik . InsyAllah kerana Niat kerana Allah maka Allah jualah yang menetukan .Manusia berusaha sekadar yang mampu ,kerana manusia itu hamba tujuan yang utama harus diutamakan ,banyak tujuan yang perlu diselesaikan sehingga tujuan asal yang utama menjadi hamba Allah yang diredai agar mencapai Syurga Allah.

Disember 2012
Alhamdulilah melangkah ke tahun baru .sedikit sebanyak perubahan harus diteruskan walaupun ada azam yang lama tak tercapai dan mungkin azam-azam akan berubah lagi, tapi itu tiada masalah, masa akan berlalu peluang datang hanya sekali tiada peluang kedua atau ketiga ,Masa tidak boleh ddiulang tinggal sejarah jadikan sejarah itu pengajran kepada kita agar lebih berhati-hati. Perjuangan Belum selesai sebagai hamba Allah tiada istilah rehat sebenarnya ,sampai mati pun kita direhatkan di alam kubur sebelum dibangunkan di padang masyhar  dihari perhitungan . Ya Allah bantulah hamba ini agar berada dijalan yang lurus ,jalan yang engkau beri kepda orang-orang soleh dan beriman. Amin


2012 telah pergi hanya kenangan dan sejarah dicipta .Berdoa Semoga dosa-dosa yang aku lakukan di ampunkan Allah ..siapalah hamba ini yang kadang-kadang lalai dan alpha kepada Mu Ya Allah. Semoga Lembaran baru aku istiqamah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sunday, December 16, 2012

Cinta...Sebahagian Dari Kehidupan

Assalamualaikum
Bila berbicara tentang cinta maka akan terlintas dalam fikiran kita cinta sesama manusia ..tapi apa yang manusia faham sekarang adalah cinta manusia menjadi dambaan dan pencarian dalam hidup seharian..Allahhuakabar semoga kita sedar bahawa cinta itu amatlah bagus andai disulam dengan cinta-cinta yang manusia sendiri lupa...Persoalan yang manusia sering lupa cintanya Allah kepada manusia ..seperti Allah sayang kepada kita dengan memberi segala nikmat yang tak terkira sampaikan ada firman seperti maksud " Jika dihitung nikmatku nescaya manusia tak dapat membalasnya" Tengok Allah cintakan manusia, kita perlu cintakan Allah sebab dia yang menjadikan kita , tanpa izin Dia siapa Manusia ini..Seringkali manusia terlupa jasa Rasulullah ...lihat betapa cintanya Rasul kepada umatnya dia menerima segala perintah Allah untuk menjadi panduan dan pedoman kepada Manusia Lain,,sehinggakan Rasul sebelum wafat masih mengingati umatnya..Ya Allah betapa manusia ini lalai dalam mengingati MU dan Rasul MU. Sewajarnya kita dahulukan cinta Allah dan rasul baru datangnya cinta dambaan sesama manusia. Allah dan Rasul juga meletakkan cinta kepada IBUBAPA adalah utama ini kerana kerana mereka siapalah kita didunia ini..kerana kesanggupan dan tanggungjawab maka lahirlah Manusia  di dunia hasil dari semaian benih cinta . Ya Allah telah aturkan kehidupan kita secantiknya .. Bila kita berfikir dan menerima sesuatu itu adlah lebihbaik berfikir sedalam-dalamnya jika tidak mampu mintalah pandagan orang lain yang lebih mengtahui..Manusia ini tidak lari dari godaan dan hawanafsu sendiri..Jika diikutkan hati manusia akan terpesong dari landasan itu ..Islam telah meletakkan cara dimana manusia harus mengaturkan agar cinta itu menjadi satu rahmat dan nikmat yang tak ternilai andai cara itu betul..Islam tidak melarang cinta malah dalam islam ada diterangkan bagaimana untuk menjadikan cinta itu sempurna ...sebagai manusia aku harap aku tergolong dalam golongan yang mendambakan cinta ilahi disulami cinta rasul dan cinta redha ibubapa dan sesama Manusia...Cuba bayangkan dunia tanpa Cinta maka..lahirlah kekurangan dan kepincangan masyarakat..anak tak sayang ibubapa.Masyarakat tidak saling menghormati..maka terjadilah kekeliruan kehidupan ..Ya Allah jauhkan lah sifat2 tersebut..Aku nak nasihat diri sendiri agar Aku tidak lalai dalam mengejar cinta-cinta tersebut..akau berharap semua cinta tersebut aku dapat..Ya Allah jadikan hambamu ini insan Bertaqwa...